Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Markas PKR dipecah masuk lagi

NURUL ZAILA MOHD TAHIR
Markas PKR dipecah masuk lagi
Kamarzaman (kanan) bersama seorang ahli PKR menunjukkan laporan polis yang dibuat. - Foto Sinar Harian 
19 Mac 2014
KUANTAN – Setelah dua kali menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab, Markas PKR Jalan Kuantan, Kemaman, di sini sekali lagi dipecah masuk dan kejadian itu hanya disedari oleh salah seorang ahli pada 16 Mac lalu.

Setiausaha PKR Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus berkata, beliau dimaklumkan  tentang kejadian pecah masuk ke kawasan markas PKR berkenaan oleh setiausaha kerja PKR Pahang yang secara kebetulan mengunjungi lokasi itu.

Bagaimanapun, beliau hanya sempat mengunjungi markas berkenaan pada keesokan harinya dan mendapati terdapat kesan umpil pada pintu pagar utama.

Menurutnya, apabila diperiksa beberapa lagi barang di dalam kawasan markas turut hilang.

Kamarzaman berkata, suspek dipercayai hanya menceroboh di sekitar kawasan luar sahaja dan tidak masuk ke dalam pejabat.

“Banyak kerosakan berlaku akibat tindakan tidak bermoral itu termasuk kehilangan saluran paip pendingin hawa.

“Besi penutup longkang, besi tiang pagar, semua wayar elektrik di luar bangunan dan lampu turut hilang,” katanya dalam satu sidang media, di Pejabat Adun Semambu, di sini, semalam.

Katanya, kerugian akibat kejadian itu dianggarkan mencecah kira-kira RM2,500 dan laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) Kuantan.

“Kejadian pecah masuk ke markas ini bukan kali pertama kerana ia sudah masuk kali ketiga iaitu pada 2010 serta 2012.

“Kejadian kedua mengalami kerugian lebih teruk kerana penceroboh masuk ke dalam pejabat dan markas ini jarang digunakan membuka peluang kepada mereka untuk menjalankan aktiviti haram.

“Sebagai tindakan berjaga-jaga, kita akan meletakkan seorang pengawal keselamatan untuk mengawasi kawasan markas ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment