Search This Blog

Friday, March 14, 2014

Makin parah


Pegawai berkata, keadaan itu menganggu penerbangan dan turut menjejaskan usaha mencari pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak Sabtu lalu. 
Kebakaran hutan dan semak sejak beberapa minggu lalu, sebahagian besarnya di wilayah Riau, memaksa pihak berkuasa menutup sekolah. 

Baik kanak-kanak mahupun orang tua, memenuhi klinik dan hospital tempatan, mengadu sesak nafas.
Foto
PEMANDANGAN di Pekanbaru, Riau, siang semalam.

Keadaan berlaku walaupun hanya 46 titik panas dikesan menerusi satelit di wilayah itu semalam, turun mendadak daripada 168 pada hari sebelumnya, kata pengarah bahagian Kawalan Pembakaran Hutan Kementerian Perhutanan, Raffles Brotestes Panjaitan,

Kira-kira 13,000 hektar tanah di Riau dibakar sejak awal bulan lalu, menurut anggaran kerajaan. 

Menurut Panjaitan, selain Pekanbaru, asap tebal turut melitupi ruang angkasa Jambi dan Sumatera Barat. 

Di beberapa kawasan, jarak penglihatan berkurangan sehingga tidak lebih 50 meter. 

Syarikat penerbangan Garuda dan 15 syarikat lain juga terpaksa membatalkan penerbangan keluar dan masuk dari lapangan terbang di Pekanbaru, kata pegawai lapangan terbang Ibnu Hasan. 

Jerebu itu turut jejas usaha membantu mencari pesawat MAS yang hilang di Selat Melaka, kata juruterbang pesawat Cassa C-212 yang terbabit dalam operasi itu, Mejar Laksono. 

“Kami terpaksa terbang bawah paras 152 meter bagi mengelak asap tebal. 

“Bagaimanapun, secara keseluruhan, ia berjalan lancar,” kata Laksono.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14

No comments:

Post a Comment