Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Lima sahabat karib maut kemalangan


19 Mac 2014


BUTTERWORTH - "Dia nampak sangat ceria sebelum keluar untuk menonton wayang bersama kawan-kawannya petang semalam".

Itu luahan bapa seorang daripada lima remaja yang maut dalam kemalangan di Km141.9 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan rehat dan rawat Juru di sini malam tadi.

Tan Chai Joo, 45, berkata, anaknya Tan Chee Win, 17, seorang yang pendiam dan jarang bercakap tetapi petang semalam dia berbual-bual dengan anggota keluarga lain dan memberitahu tidak sabar untuk keluar bersama empat rakan karibnya, yang turut maut dalam kemalangan itu.

"Saya tidak menyangka itulah kali terakhir kami sekeluarga melihat dia," katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Seberang Jaya, di sini.

Ibu kepada seorang lagi mangsa, Chye Zhi Fei yang ingin dikenali sebagai Teoh, 40-an pula berkata anak lelaki tunggal bongsunya itu meminta kebenaran untuk keluar menonton wayang bersama empat rakannya.

Mereka berlima memang kawan baik serta sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama, katanya yang mendapat berita sedih itu selepas dihubungi seorang lelaki yang tidak dikenali.

Beliau berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi anaknya keluar bersama empat sahabatnya itu untuk mengulang kaji pelajaran kerana mereka belajar di sekolah yang sama - Sekolah Menengah Kebangsaan Valdor, di Nibong Tebal.

"Mereka mungkin ada ulang kaji bersama kerana buku teksnya turut ditemui dalam kereta itu," katanya.

Dalam kemalangan pada pukul 9.30 malam tadi, lima remaja lelaki iaitu Tan Chee Win, 17; Song Jing Ming, 17; Chye Zhi Fei, 17; dan pemandu kereta itu Mar Jin Quan, 18; mati di tempat kejadian manakala seorang lagi rakan mereka Ngan Wei Ming, 17, mati di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketika kejadian kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Nibong Tebal apabila kereta mereka terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment