Search This Blog

Thursday, March 20, 2014

Kesan pemilik bom


Kapar: Polis berusaha mengesan individu misteri yang meletakkan sebutir bom tangan di atas rumput di Jalan Klang Sentral 8/KU5, di sini, sebelum ia ditemui orang ramai pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, polis masih mengumpulkan bukti bagi mengesan individu bertanggungjawab yang meninggalkan bom tangan itu.


Menurutnya, polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan keterangan daripada pemilik premis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat, namun polis masih meneruskan siasatan untuk mengesan suspek terbabit,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Orang ramai yang melihat individu dalam keadaan mencurigakan beberapa hari sebelum kejadian diminta menghubungi polis untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Akhbar ini semalam melaporkan penemuan sebutir bom tangan yang ditutup dengan pelepah pinang dengan picunya sudah ditarik kira-kira pada jam 10 pagi.

Bom tangan yang ditemui dalam keadaan picunya sudah ditarik itu bagaimanapun tidak meletup berikutan keadaannya yang sudah berkarat.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20

No comments:

Post a Comment