Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Kapten ditembak mati dalam tunjuk perasaan


Caracas: Seorang kapten Pengawal Kebangsaan Venezuela ditembak mati di kepalanya dalam satu tunjuk perasaan, kata pasukan keselamatan semalam, menjadikan pegawai itu mangsa ke-29 maut dalam pertempuran kerajaan dan demonstran.

Ketua Pusat Pemerintahan Strategik Tentera, Jen Padrino Lopez berkata, pegawai terbabit ditembak lewat kelmarin di satu sekatan jalan raya dibuat penunjuk perasaan di bandar Maracay di negeri Aragua.


“Dia menjadi satu lagi mangsa keganasan teroris,” katanya.



Menurut Lopez, pasukan bersenjata Venezuela tidak menekan tunjuk perasaan aman, sebaliknya memberikan perlindungan terhadap mereka. “Sejak awal Februari penuntut dan pemimpin pembangkang mengajak penyokong mereka turun ke jalan raya bagi membantah kepemimpinan Presiden Nicolas Maduro,” katanya dalam satu kenyataan.


Mereka menuntut kerajaan melakukan reformasi politik dan menamatkan inflasi yang tinggi, kekurangan makanan asas dan menangani kadar jenayah yang menjadi antara tertinggi di dunia. Namun protes itu tidak menampakkan berkesan mengetepikan Maduro - seorang bekas pemandu bas yang menang tipis dalam pilihan raya bagi menggantikan mentornya, Hugo Chavez pada April 2013. Gabenor Aragua, Tareck El Aissami berkata, seorang “ejen China” ditangkap berhampiran tempat kejadian. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/19

No comments:

Post a Comment