Search This Blog

Saturday, March 8, 2014

Kanak-kanak didera meninggal dunia


KUALA LUMPUR 7 Mac - Selepas hampir lima hari bertarung nyawa, kanak-kanak perempuan yang mengalami pendarahan otak dipercayai akibat didera di Kampung Seri Perkasa, Hutan Melintang Isnin lalu, meninggal dunia hari ini.
Nur Ain Ariana Abdullah yang berusia dua tahun enam bulan disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh dekat sini pada pukul 8 malam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya kini membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Pihak hospital akan menjalankan bedah siasat mayat mangsa esok," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
Isnin lalu, Nur Ain Ariana dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam dekat sini selepas dipercayai pengsan.
Doktor yang merawat mangsa telah membuat laporan polis setelah melihat keadaan mangsa yang tidak bergerak dan menemui pelbagai kesan lebam serta calar di bahagian tangan, badan dan muka bayi itu serta benjol pada kiri kepala.
Mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut kerana kecederaannya yang kritikal dan dipercayai mengalami pendarahan otak.
Polis kemudian menahan ibu kandung mangsa yang berusia 20 tahun dan teman lelakinya, 26, bagi membantu siasatan.
Difahamkan, jenazah mangsa akan dikebumikan di Pahang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140308/je_01/Kanak-kanak-didera-meninggal-dunia#ixzz2vPbn5XRO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment