Search This Blog

Saturday, March 8, 2014

Jerebu, Indonesia salahkan Malaysia


Gambar tidak bertarikh menunjukkan keadaan kawasan sekitar diselubungi asap tebal akibat kebakaran belukar di Siak, wilayah Riau, Indonesia. Indonesia menyalahkan Malaysia sebagai punca jerebu di Riau. - AFP
JAKARTA 7 Mac - Indonesia hari ini menuding jari kepada Malaysia yang didakwa menyebabkan wilayah Riau mengalami masalah jerebu akibat kebakaran di semenanjung negara jiran itu, dakwa Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).
"Akibat kebakaran yang sangat banyak di Malaysia iaitu di seberang Riau atau di sekitar Melaka menyebabkan pantauan satelit menemui titik panas di NOAA 18," kata Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Nugroho seperti yang dilaporkan agensi berita Antara hari ini.
Menurut beliau, berdasarkan data atau rakaman satelit semalam, titik panas di Malaysia kelihatan jauh lebih banyak berbanding yang ada di Riau.
Bahkan, jelas Sutopo lagi, arah angin bergerak dari Malaysia menghala ke wilayah Riau dan sekitarnya dengan catatan kelajuan 25 kilometer sejam, merupakan antara faktor memburukkan lagi jerebu di Riau.
"Bagaimanapun, kami masih perlu melakukan analisis lagi, namun potensi itu memang ada berdasarkan pantauan satelit dan analisis arah dan pergerakan angin," katanya.
Semalam, Pengarah Agensi Pengawalan Bencana Kebangsaan, Syamsul Maarif berkata, kebakaran hutan yang banyak berlaku di hampir kesemua negara ASEAN antaranya Thailand, Laos, Vietnam, Malaysia, Kemboja, dan Indonesia ,menjadi punca menyebabkan jerebu berlaku di rantau ini.
"Sehubungan itu, kerajaan Singapura, Malaysia dan negara-negara ASEAN lain misalnya, tidak boleh menyalahkan kebakaran di Riau jika negara mereka dilanda jerebu," tegasnya. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140308/lu_05/Jerebu-Indonesia-salahkan-Malaysia#ixzz2vJiRFcMO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment