Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Isteri reda pemergian Raja Aizam


norSALMAH Nordin menyiram air mawar di pusara suaminya Allahyarham Raja Aizam Raja Mohd. yang dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak, malam tadi. - UTUSAN/ HANAFI KHAMIS
KLANG 4 Mac - Meskipun berat untuk menerima kenyataan insan tersayang telah pergi selama-lamanya kerana menyahut seruan Ilahi, isteri Koperal Raja Aizam Raja Mohd., Norsalmah Nordin, 50, tetap reda kerana suaminya gugur semasa menjalankan tugas menjaga keselamatan negara.
Perkara itu dinyatakan oleh anak saudara perempuan Salmah berusia 30-an yang enggan dikenali.
"Makcik (Salmah) beritahu, dia reda dengan pemergian arwah," katanya ringkas kepada pemberita semasa menunggu jenazah Raja Aizam di Surau Pangsapuri Balai Polis Seri Andalas di sini hari ini.
Jenazah tiba di surau berkenaan pada kira-kira pukul 4.20 petang untuk disembahyangkan oleh penduduk pangsapuri dan keluarga.
Jenazah Raja Aizam kemudian dibawa ke kampung halamannya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak untuk dikebumikan.
Raja Aizam, 53, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas cedera parah ditikam di kepala oleh penjenayah warga asing semasa melakukan rondaan di sebuah lorong di Taman Sentosa di sini awal pagi ini.
Rakan setugasnya, Koperal Mohd. Aidil Mustafa, 29, pula cedera parah manakala dua penjenayah berjaya ditembak mati dalam kejadian berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140305/je_12/Isteri-reda-pemergian-Raja-Aizam#ixzz2v2N2uVem
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment