Search This Blog

Friday, March 14, 2014

Hotel berdentum


Oleh Raja Puteri Nabiha Raja Ayub
Shah Alam: Kakitangan sebuah hotel, di sini berdepan detik mencemaskan apabila siling di bahagian lobi hotel berkenaan yang sedang diubah suai runtuh secara tiba-tiba, semalam.

Jurucakap hotel berkenaan ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang selepas siling yang sedang dalam proses pengubahsuaian tiba-tiba runtuh disusuli dentuman kuat.


Bagaimanapun katanya, tiada sebarang kecederaan ketika kejadian kerana kawasan berkenaan sudah ditutup kepada orang ramai.



“Penghuni hotel tidak berada di sekitar kawasan lobi ketika kejadian berlaku dan kami sudah membersihkan kawasan terbabit,” katanya.


Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd. Sani Harul ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.


Cubaan Harian Metro meninjau lokasi kejadian secara lebih dekat juga tidak berjaya kerana pekarangan hotel ditutup kepada orang ramai dan dikawal pegawal keselamatan.

Foto
KEADAAN siling lobi hotel yang runtuh ketika dalam proses ubah suai. Gambar kecil, kontraktor membuat pengubahsuaian pada bahagian tepi siling hotel yang runtuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14

No comments:

Post a Comment