Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Hasrat dua pencuri sarang burung walit tidak kesampaian


JEMPOL 6 Mac - Hasrat dua penjenayah melarikan sarang burung walit tidak kesampaian apabila ditahan polis ketika memecah masuk premis sarang burung walit di Taman Perindustrian Mahsan, dekat sini kelmarin.
Kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu disedari pemilik premis berkenaan berusia 59 tahun selepas mendapati sistem penggera kedainya berbunyi melalui telefon bimbit.
"Sebaik tiba ditempat kejadian anggota mendapati dua orang suspek yang berusia 20-an berada di atas bumbung premis dua tingkat tersebut.
"Suspek yang menyedari kehadiran pihak polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mula panik dan segera mencampakkan sebungkus plastik yang mengandungi sarang burung walit ke bawah,'' kata Ketua Polis Daerah, Supritendan Hamzah Alias di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140305/je_17/Hasrat-dua-pencuri-sarang-burung-walit-tidak-kesampaian#ixzz2v8H96xmv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment