Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Ular dalam enjin kereta


Ipoh: Seorang pekerja di Paradise Memorial Park di Chemor, di sini, cemas apabila melihat seekor ular tedung selar sepanjang empat meter secara tiba-tiba menyusur masuk ke ruang enjin keretanya petang semalam.
Difahamkan, kejadian jam 4.15 petang ketika lelaki terbabit Cong Sai Peng, 56, kebetulan berada di kawasan itu bersama dua lagi rakannya.
Sebelum ular itu bersembunyi di bahagian enjin keretanya, reptilia itu dikatakan sedang mengejar seekor burung berhampiran semak di kawasan berkenaan.
Katanya, tindakan ular itu terbantut apabila ia kemudiannya dikejar beberapa anjing yang menjaga sekitar kawasan kubur di situ hingga menyebabkan ia bertindak menyelinap masuk ke ruang enjin kereta untuk bersembunyi.
“Masa melihat ular itu mengejar burung, saya biarkan saja kerana takut ular itu datang pula ke arah saya.
Namun, entah macam mana, ada beberapa ekor anjing mengejar ular itu menyebabkan reptilia itu terpaksa bersembunyi di ruang enjin kereta saya.
“Saya cuba memanaskan enjin dengan harapan ular itu keluar, namun usaha itu sia-sia,” katanya.
Menurutnya, dia kemudiannya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi menangkap reptilia berkenaan.
Sementara itu, Pembantu Pertahanan Awam Daerah Kinta Rayner Saimon berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.26 petang dan tiba di tempat kejadian setengah jam berikutnya.
Foto
ANGGOTA JPAM berjaya mengeluarkan ular tedung selar.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10

No comments:

Post a Comment