Search This Blog

Sunday, March 30, 2014

Enam parah, bas rempuh kereta


NIBONG TEBAL 30 Mac - Enam parah apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan ke Alor Setar dari Genting Highlands merempuh sebuah kereta di Kilometer 164, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Jawi malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu dipercayai berpunca daripada kereta terbabit yang secara tiba-tiba memasuki lorong yang dilalui oleh bas berkenaan.
Pemandu bas itu yang membawa 16 penumpang tidak sempat mengawal kenderaannya dan merempuh kereta tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supritendan Shafein Mamat berkata, akibat rempuhan itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke dalam longkang menyebabkan beberapa mangsa tersepit.
"Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sungai Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
- UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140330/dn_15/Enam-parah-bas-rempuh-kereta#ixzz2xOaFDoPQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment