Search This Blog

Sunday, March 16, 2014

Enam maut terlebih ambil dadah

PENGUNJUNG membanjiri tapak konsert Festival Future Music di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang semalam.


KUALA LUMPUR - Tindakan segelintir pengunjung Festival Future Music di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam kelmarin yang mengambil dadah methamphetamine berlebihan semasa menyaksikan konsert disko itu mengundang malapetaka apabila enam daripada mereka maut semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, seorang daripada mereka maut di tempat kejadian manakala lima yang lain disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini dan Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Petaling Jaya.
Katanya, mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada Syazana Sohaimee, 23, Sabreena Kamarudin, 21, Kamal Zekry Kamal Basha, 20, M, Suresh, 28, Victor Wong E Hern, 26, dan Nor Faizza Mohd. Wazir, 27.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, Suresh dikatakan rebah semasa semua pengunjung yang sedang leka berhibur pada penghujung acara sebelum dia disahkan meninggal dunia di lokasi konsert.
"Lapan pengunjung lain turut rebah dan terdapat pendarahan pada hidung dan telinga mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2w4Vc5Qi1 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment