Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Dua pelajar hilang di Gunung Bubu mati lemas



ADAM ASRAF (kiri) dan Muhamad Amir (kanan) bergambar di puncak Gunung Bubu, Kuala Kangsar, Perak sebelum dilaporkan hilang dan ditemui lemas di Sungai Gading di gunung itu semalam.


KUALA KANGSAR - Dua daripada empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang ketika menuruni Gunung Bubu, Ulu Kenas di sini sejak Ahad lalu ditemui mati lemas di Sungai Gading di gunung itu semalam.
Mayat kedua-dua mangsa berusia 17 tahun itu, Adam Asraf Azman dan Muhamad Amir Ashraff Baharuddin ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pukul pukul 3.20 petang.
Difahamkan, salah seorang daripada mangsa dikatakan tergelincir ketika berada di tebing sungai tersebut sebelum rakannya yang cuba menyelamatkannya turut menjadi mangsa lemas.
Penemuan mayat kedua-dua pelajar tersebut selepas dua lagi rakan mereka yang juga dilaporkan hilang iaitu Muhammad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohd Fitri, masing-masing berusia 17 tahun ditemui dalam keadaan lesu pada pukul 9.30 pagi di tebing sungai yang sama.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Ahmad Rabawi Abd. Jalil berkata, pasukan SAR menemui mayat Adam Asraf dan Muhamad Amir di Sungai Gading yang terletak kira-kira 13 kilometer dari Hutan Lipur Ulu Kenas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2wM2nDxyd 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment