Search This Blog

Thursday, March 20, 2014

Dua ahli Geng 21 mati ditembak



ANGGOTA polis mengangkat mayat salah seorang ahli Geng 21 yang mati ditembak di Ara Damansara, Petaling Jaya malam kelmarin.


PETALING JAYA – Cubaan dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Geng 21 meloloskan diri daripada ditahan tidak berhasil apabila mereka mati ditembak dalam kejadian tembak-menembak di Jalan PJU 1A/9, Ara Damansara di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.50 malam itu, mangsa yang merupakan warga tempatan, K. Gogilan, 22, dan K. Prabu, 26, dipercayai terlibat dalam kes samun dan rompakan di beberapa negeri sejak 10 tahun lalu maut selepas terkena tembakan di kepala dan dada.
Difahamkan, sebelum kejadian, sepasukan polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dinaiki dua suspek dalam keadaan mencurigakan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2wRjCiW1P 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment