Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Ditemui mati leher hampir putus



ANGGOTA polis memeriksa mayat Mugunthan yang ditemui mati di hadapan sebuah hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan lehernya hampir putus selepas dipercayai ditetak seorang lelaki memakai topi keledar di hadapan sebuah hotel di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini kelmarin.
Kejadian pukul 9.57 malam itu disedari seorang wanita yang bekerja di hotel berkenaan yang menemui mangsa, Mugunthan Maran, 29, terbaring di hadapan hotel itu dalam keadaan berlumuran darah.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pekerja kontrak di sebuah syarikat swasta di Singapura itu disahkan meninggal dunia selepas pihaknya tiba di tempat kejadian.
"Maklumat yang diperolehi daripada televisyen litar tertutup (CCTV) di hotel berkenaan menunjukkan seorang suspek yang berjalan kaki sambil memakai topi keledar datang dari arah perhentian bas Klang yang tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum bertindak menyerang mangsa dari arah belakang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini malam kelmarin.
Zainuddin berkata, Mugunthan dipercayai diserang menggunakan parang namun setakat ini, pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan memandangkan tiada barang berharga milik mangsa yang hilang.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang menetap di Negeri Sembilan pernah memaklumkan kepada bapanya bahawa dia akan pergi ke Puchong untuk berjumpa dengan kawannya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2wLy5lqob 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment