Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Darurat Bangkok dilanjut?


BANGKOK 4 Mac - Menteri Luar Thailand, Surapong Tovichakchaikul menyatakan perintah darurat di Bangkok mungkin dilanjutkan sehingga demonstrasi antikerajaan tamat sepenuhnya.
Beliau turut melahirkan kebimbangan lebih banyak keganasan akan berlaku walapaupun keadaan kembali tenang ketika ini selepas penunjuk perasaan berundur dari beberapa lokasi utama di bandar raya ini dan berkumpul di luar Bangkok.
"Jika ketua penganjur demonstrasi itu, Suthep Thaugsuban terus menganjurkan tunjuk perasaan selain tembakan dan keganasan berlaku, perintah darurat akan terus dilaksanakan.
"Kita akan tunggu sehingga pasukan keselamatan, tentera dan Kabinet membuat keputusan sebelum perintah darurat tamat pada 22 Mac ini,’’ katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140305/lu_10/Darurat-Bangkok-dilanjut#ixzz2v2CKhphl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment