Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

Dakwaan murid dirotan disiasat


Oleh Siti Nadirah Hafidzin
Johor Bahru: Jabatan Pendidikan Johor akan menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes seorang murid lelaki tahun lima yang dirotan gurunya hanya kerana gagal menjawab soalan lisan, Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Pendidikan Johor Md Hasidin Zaini berkata, beliau sudah dimaklumkan berkaitan kes itu dan siasatan awal mendapati kejadian itu benar dan terjadi di sebuah sekolah rendah di daerah Kluang.


Menurutnya, buat masa ini kes itu masih dibawah siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dalam masa sama pihaknya menunggu laporan dan siasatan penuh dijalankan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

"Kami juga akan memantau keadaan murid terbabit terutama bagi melihat keadaannya dan perkara berkaitan lain," katanya kepada Harian Metro di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/19

No comments:

Post a Comment