Search This Blog

Thursday, March 20, 2014

Bateri kotak hitam pesawat hanya bertahan 30 hari


Kuala Lumpur: Jangka hayat bateri kotak hitam pesawat penerbangan MH370 hanya mampu bertahan sehingga 30 hari selepas mengalami sesuatu hentakan mahupun terhempas. Sehingga kini, kotak hitam pesawat berkenaan hanya bertahan untuk 17 hari lagi selepas pesawat itu dilaporkan hilang 8 Mac lalu.

Seorang jurutera penyenggaraan pesawat tempatan yang enggan dikenali menjelaskan pesawat komersial yang membawa penumpang wajib mempunyai kotak hitam.

“Kebiasaannya ketika proses pembuatan pesawat, pereka seperti Boeing mahupun Airbus akan mengikut Standard And Recomanded Procedure (SARP) yang dikeluarkan International Civil Aviation Organization (ICAO).

“Garis panduan ini termaktub dalam Amex siri kelapan iaitu sebahagian daripada syarat penting panduan membuat pesawat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut pakar itu, fungsi kotak hitam itu merekodkan segala data mengenai apa yang berada dalam pesawat termasuk mengesan segala tindakan dilakukan juruterbang menggunakan sistem pesawat sebaik enjin dihidupkan seperti membelok, menaik dan membuka pintu kecemasan.

“Kotak hitam ini penting apabila berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan dan terhempas, kita perlukan kotak ini untuk mengetahui punca sesuatu situasi itu berlaku.

“Di dalamnya mempunyai cip yang boleh merekodkan data antara satu saat hingga dua saat apa yang berlaku dalam pesawat,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/20

No comments:

Post a Comment