Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

Banduan lari ketika bersih luar penjara


GEORGE TOWN 5 Mac - Seorang banduan Penjara Pulau Pinang, Jalan Goal di sini melarikan diri ketika melakukan tugas pembersihan di luar kawasan penjara itu hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata lelaki terbabit dikenali sebagai Phang Ruey Shang, 42, dilapor hilang selepas membersih longkang dengan lima lagi rakan banduan lain kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Kehilangan lelaki itu hanya disedari ketika warden mahu mengumpul semula banduan untuk dibawa pulang ke penjara," katanya ketika dihubungi.
Phang yang beralamat terakhir di No.38 Lorong Sejahtera 11 Taman Sejahtera, Bukit Mertajam dekat sini menjalani hukuman penjara sejak Januari atas kesalahan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi.
Suspek yang juga dikenali sebagai Ah Beng bekerja sebagai mekanik dan mempunyai tatu bergambar ikan pada badannya.
Beliau berkata prosedur penjara menetapkan banduan yang terlibat dalam kerja seumpama itu adalah mereka yang akan dibebaskan dalam tempoh enam bulan.
Ismail berkata usaha menjejaki suspek sedang giat dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki itu diminta menghubungi balai polis berdekatan.- BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140305/je_23/Banduan-lari-ketika-bersih-luar-penjara#ixzz2v8HTc2Di
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment