Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

AS tarik USS Kidd daripada misi cari MH370



Reuters
BEBERAPA anggota tentera laut AS membuat pemeriksaan di geladak USS Kidd ketika menyertai usaha mencari pesawat MH370 di Laut Andaman pada Ahad lalu.


WASHINGTON - Tentera laut Amerika Syarikat (AS) menarik balik kapal USS Kidd daripada misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu, kata pegawai Pentagon kelmarin.
Kata pegawai itu, keputusan menarik balik kapal tersebut dibuat kerana kawasan operasi mencari semakin meluas dan lebih efisien menggunakan pesawat peninjau berbanding kapal laut.
USS Kidd yang dilengkapi dengan sistem peluru berpandu menyertai usaha mencari tersebut di Laut China Selatan sejak seminggu yang lalu sebelum berlayar ke Laut Andaman atas permintaan kerajaan Malaysia.
Tambahnya, usaha mencari yang dijalankan oleh USS Kid yang turut dilengkapi sebuah helikopter itu meliputi kawasan seluas 24,140 kilometer persegi.
Tambahnya, tentera laut AS kini menggunakan dua pesawat peninjau iaitu P-8 Poseidon dan P-3 Orion dalam usaha mencari kapal terbang tersebut.
"Kerana kawasan mencari kini diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, pesawat peronda jarak jauh seperti P-8 Poseidon dan P-3 Orion sangat sesuai dengan misi seperti ini,'' kata pegawai itu dalam satu kenyataan.
Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel kelmarin memberitahu bahawa, White House masih komited dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2wLwSGd6g 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment