Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

30,000 sakit akibat jerebu di Riau


JAKARTA 4 Mac - Asap yang terbentuk daripada kebakaran hutan yang berlaku di Kepulauan Sumatera, telah mengakibatkan sekurang-kurangya 30,000 orang penduduk dilaporkan mengalami masalah pernafasan, hari ini.
Akhbar Jakarta Post memetik daripada jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Alam Nasional, Sutopo Purwo Nugroho berkata, jerebu di sesetengah bahagian di Riau termasuk di ibu negeri Pekanbaru kini sudah mencapai tahap merbahaya, dengan jarak penglihatan hanya sejauh 200 meter sahaja.
"Kes jangkitan pernafasan dan penyakit lain seperti radang paru-paru, asma dan masalah kulit semakin meningkat,’’ jelasnya.
Semalam, imej yang diambil daripada satelit memaparkan terdapat lebih daripada 330 titik panas terbentuk di Riau, namun usaha untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan pesawat terpaksa dibatalkan ekoran jarak penglihatan yang rendah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140305/lu_04/30000-sakit-akibat-jerebu-di-Riau#ixzz2v2BwqkvH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment