Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

3 sahabat didakwa bunuh Zalfah



KETiga-TIGA tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa membunuh Zalfah di Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Johor semalam.


KOTA TINGGI - Tiga sahabat berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semenchu, hujung bulan lalu.
Ketiga-tiga tertuduh, Amirul Syahid Mohamad Razali, 20, Harulnizam Salleh, 25, dan Mazlan Kasim, 21, didakwa secara bersama membunuh Zalfah Jamaluddin, 68, di sebuah rumah beralamat Nombor 36, Blok 2, Felda Semenchu, di sini, pada pukul 12.20 tengah hari, 28 Februari lalu.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Dakwaan terhadap mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2wLyWBfNd 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment