Search This Blog

Wednesday, March 5, 2014

18 penagih ditahan bantu kes bunuh


JOHOR BAHRU 4 Mac - Seramai 18 penagih dadah ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semenchu, Zalifah Jamaluddin, 68, di rumahnya di Felda Semenchu, Kota Tinggi, Jumaat lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini berkata, pihaknya berusaha menyelesaikan kes tersebut dalam masa terdekat.
Zalifah yang juga seorang peniaga pakaian ditemui mati di kediamannya di Felda Semenchu di sini pukul 12.20 tengah hari oleh anak lelakinya yang mengesyaki sesuatu berlaku setelah mangsa tidak menjawab panggilan telefonnya.
Susulan itu, polis menahan seorang penagih dadah berusia 36 tahun di sebuah rumah di Felda berkenaan pukul 8.30 malam, hari yang sama.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140305/je_10/18-penagih-ditahan-bantu-kes-bunuh#ixzz2v2MhhUST
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment