Search This Blog

Wednesday, March 19, 2014

14 pengunjung konsert didakwa



TERTUDUH yang terdiri daripada 14 pengunjung konsert didakwa atas pertuduhan miliki dan memasukkan dadah ke dalam badan semalam di Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seramai 14 daripada 29 pengunjung konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil 2014 yang ditahan Jumaat lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan.
Lima daripada tertuduh iaitu dua lelaki warga Indonesia dan tiga lelaki warga Sudan mengaku salah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan manakala sembilan lagi tertuduh warga asing berasal dari Australia, Mauritius, Pakistan, Maldives, Singapura dan Zimbabwe tidak mengaku salah.
Tertuduh warga Indonesia, Arifiyanto, 27, dan Angga Diandry Andy, 23, mengaku salah memasukkan ke dalam badan mereka dadah jenis methamphetamine.
Warga Sudan, Mohamed Elzain Dafaalla Babiker Khalid, 22, Mohamed Abdalla Sayed Mohamed, 23, dan Awap Abdualhafez Airwfaea Abualhasan, 23, pula mengaku salah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.
Awap Abdualhafez turut mengaku salah memiliki 0.6 gram dadah jenis ekstasi di tempat dan masa yang sama.
Kelima-lima mereka membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.
Sementara itu, sembilan lagi tertuduh, Adam Paul, 19, dari Australia, Pavin Akshay, 20, Mauritius, Muhammad Ahsan, 23, Pakistan, Fazal Mohamed, 24, Maldives, Hassan Ibrahim Hayyan, 20, Maldives, Ahmed Hayyan Majed, 19, Ng Teck Ming, 27, Mohamed Redzwan Sali, 26, dari Singapura; dan Tinashe Shimbo, 27, dari Zimbabwe pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.
Pavin, Muhammad Ahsan, Fazal dan Hassan turut didakwa memiliki satu hingga dua biji dadah jenis ekstasi manakala Teck Ming didakwa memiliki dadah jenis kanabis.
Kelima-lima tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2wM2TNKl7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment