Search This Blog

Friday, February 28, 2014

YouTube diarah tarik keluar filem hina Islam


Gambar fail bertarikh 20 September 2012 merakamkan Cindy Lee Garcia (kanan) salah seorang daripada pelakon filem Innocence of Muslims bersama peguamnya, Cris Armenta (kiri) pada satu sidang media sebelum kes didengar di bangunan Mahkamah Agung Los Angeles. - AGENSI
LOS ANGELES 27 Feb. - Mahkamah Rayuan Persekutuan di San Francisco mengarahkan Google menarik keluar sebuah video yang menghina Islam bertajuk, Innocence of Muslims daripada laman web perkongsian video, YouTube.
Mahkamah itu semalam memutuskan bahawa penyiaran video di laman web itu melanggar hak seorang pelakon yang menyatakan lakonannya dalam filem lain telah dimuatkan dalam filem Innocence of Muslims, tanpa pengetahuannya, selain dialognya dalam filem itu telah ditukar.
Akhbar San Jose Mercury News melaporkan, mahkamah bersetuju dengan pelakon, Cindy Lee Garcia bahawa video itu perlu dikeluarkan daripada YouTube kerana melanggar hak cipta pelakon tersebut, selain dia menghadapi ancaman bunuh ekoran pendedahan filem itu di Youtube.
Ketua Hakim, Alex Kozinski memutuskan keputusan itu tidak membabitkan pemberian perlindungan hak cipta secara menyeluruh kepada setiap pelakon, namun dalam kes berkenaan, Garcia perlu diberikan hak tersebut.
``Kes ini merupakan satu kes yang menimbulkan masalah.
``Garcia ditipu untuk memberikan persembahan artistik yang digunakan dengan cara yang tidak disangkanya. Penyertaannya tanpa pengetahuan dan kehendaknya dalam Innocence of Muslims membawa kepada ancaman bunuh,’’ katanya.
Terdahulu, pengurusan YouTube berhujah bahawa pelakon itu tidak ada hak cipta ke atas filem tersebut kerana pembuat filem itu, Mark Basseley Youssef menulis dialog, menguruskan keseluruhan produksi dan mengalih dialog Garcia dalam Innocence of Muslims.
YouTube turut menegaskan tindakan untuk mengeluarkan video itu akan melanggar hak kebebasan bersuara syarikat tersebut. - DPA/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140228/lu_08/YouTube-diarah-tarik-keluar-filem-hina-Islam#ixzz2uYy6QwEb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment