Search This Blog

Friday, February 28, 2014

Yingluck didakwa menyeleweng


BANGKOK 27 Feb. - Lebih 300 penyokong kerajaan mengadakan demonsrasi di kompleks Suruhanjaya Antirasuah Nasional (NACC) di utara Bangkok di mana Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra didakwa atas tuduhan menyeleweng dengan kawalan ketat polis antirusuhan.
Ekoran demonstrasi tersebut, lokasi perbicaraan kes tersebut terpaksa dipindah ke tempat lain.
Yingluck yang berada di luar Bangkok sejak beberapa hari lalu tidak hadir pada perbicaraan tersebut dan hanya diwakili peguamnya.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand akan membawa isu dekri pilihan raya ke Mahkamah Perlembagaan bagi menentukan sama ada suruhanjaya itu atau kerajaan yang mempunyai kuasa menentukan pengeluarkan dekri berkenaan.
SPR berkata, tindakan itu perlu ekoran kerajaan menegaskan pihaknya tidak boleh mengeluarkan dekri baharu untuk menetapkan tarikh pilihan raya untuk 28 kawasan pilihan raya di wilayah selatan negara ini yang tidak mempunyai calon bertanding pada Pilihan Raya Umum pada 2 Februari lalu. - REUTERS/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140228/lu_05/Yingluck-didakwa-menyeleweng#ixzz2uYxHt6xo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment