Search This Blog

Thursday, February 27, 2014

Warga India jadi ejen permit kerja palsu diberkas


JOHOR BAHRU 27 Feb. - Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan permit kerja membabitkan warga India yang dipercayai mengaut keuntungan lebih RM1 juta hasil serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Daya dekat sini awal pagi ini.
Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Masri Adul berkata, dalam serbuan pukul 12.05 pagi itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga India berusia 30 tahun yang dipercayai menjadi ejen sindiket pemalsuan dokumen berkenaan.
Beliau berkata, lelaki itu ditahan di sebuah kedai minum di Jalan Sagu 10, Taman Daya di sini dan susulan penahanan suspek, pihaknya menemui tujuh lelaki warga India berusia antara 22 dan 28 tahun yang disyaki menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan di sebuah hotel berhampiran.
"Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan yang turut mempunyai ejen di India telah beroperasi sejak setahun lalu dan hingga kini lebih 1,000 warga India menjadi mangsa.
"Rata-rata mangsa yang mempunyai kelulusan tinggi di negara asal mereka menggunakan ejen tersebut untuk mendapat permit kerja dalam pelbagai bidang profesional di negara ini dengan bayaran RM10,000 setiap seorang," katanya di Ibu Pejabat Imigresen negeri, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140227/je_15/Warga-India-jadi-ejen-permit-kerja-palsu-diberkas#ixzz2uZ0Xuk85
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment