Search This Blog

Thursday, February 27, 2014

Wanita warga Sri Lanka diculik berjaya diselamatkan


KUALA LUMPUR 27 Feb. - Seorang wanita warga Sri Lanka berjaya diselamatkan sekumpulan anggota polis di sebuah rumah di Jalan Wangsa Ceria 8, Wangsa Melawati, awal pagi ini.
Mangsa yang berusia 20-an itu diselamatkan sekitar pukul 11.30 malam tadi selepas mendapat laporan daripada saudara mangsa yang tinggal di sini.
Difahamkan, mangsa telah diculik sejak tiga hari lalu sewaktu mangsa bersama saudaranya berada di Batu Caves, Selangor, dan ditahan di sebuah rumah oleh tiga orang lelaki.
Dua suspek berjaya ditahan, manakala seorang lagi masih bebas. Dipercayai ketiga-tiga suspek merupakan warga Sri Lanka dan India.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.- UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140227/je_10/Wanita-warga-Sri-Lanka-diculik-berjaya-diselamatkan#ixzz2uTKmigC9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment