Search This Blog

Thursday, February 27, 2014

Syabas rugi RM1.5 juta kes curi air tahun ini


PELABUHAN KLANG 27 Feb. - Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerugian kira-kira RM1.5 juta membabitkan 45 kes curi air sejak Januari hingga Isnin lepas (24 Februari), majoritinya melibatkan kawasan komersial.
Pengarah Eksekutif Projek dan Air Tanpa Hasil (NRW) Syabas, Yusof Badawi berkata, pihaknya telah mengambil tindakan lanjut terhadap kesemua kes itu dengan memberi notis pemberitahuan kesalahan dan tindakan penguatkuasaan bagi menuntut ganti rugi.
"Rekod menunjukkan sepanjang tempoh itu Syabas menerima dan menyiasat 481 aduan kes curi air. Daripada jumlah itu, 45 kes diklasifikasikan sahih dengan anggaran kehilangan 746,000 meter padu (m3) air," katanya kepada pemberita selepas operasi serbuan dan pemotongan sambungan paip haram di sebuah gudang menyimpan baja di kawasan Jalan Pelabuhan Klang di sini hari ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140227/je_19/Syabas-rugi-RM15-juta-kes-curi-air-tahun-ini#ixzz2uZAVknuH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment