Search This Blog

Sunday, February 16, 2014

Serangan lelaki bertopeng depan bank



SEORANG lelaki maut akibat ditetak kumpulan bertopeng depan sebuah bank di Padang Ipoh, Perak semalam.


IPOH - Suasana di depan sebuah bank di Padang Ipoh di sini semalam gempar apabila seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinan diserang dan ditetak oleh tiga lelaki bersenjatakan parang.
Mangsa, T. Eswaran, 27, (gambar) meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Bainun di sini.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa baru sahaja mengeluarkan wang dari bank dan sedang berjalan menuju ke keretanya.
Dia kemudian tiba-tiba didatangi tiga lelaki bertopeng sebelum salah seorang suspek bertindak menetak mangsa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, selepas ditetak, mangsa ditinggalkan dalam keadaan terbaring di tepi jalan.
Menurutnya, kumpulan penjenayah itu pula melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna perak.
"Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan kerana cedera parah di kepala dan tangan," katanya ketika dihubungi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2tRNLa3Ko 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment