Search This Blog

Sunday, February 16, 2014

Ribut salji landa Kanada


TORONTO 15 Feb. - Ribut salji yang melanda timur Amerika Syarikat (AS) sejak empat hari lalu sehingga mengakibatkan kira-kira 25 orang terbunuh, semalam dilaporkan bergerak menuju ke arah timur Kanada.
Keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa menutup Lebuh Raya Trans-Kanada di Quebec melibatkan laluan sejauh kira-kira 200 kilometer.
Laluan dari Quebec City ke Riviere-du-Loup itu ditutup selepas angin kencang dan salji lebat mengurangkan jarak penglihatan.
Ribut tersebut turut membawa salji setebal 60 sentimeter ketika bergerak dari Quebec ke Newfoundland.
Di AS, kira-kira setengah juta rumah di selatan negara itu masih bergelap ekoran ketiadaan bekalan elektrik.
Saluran televisyen, CNN melaporkan, kira-kira 525,273 buah kediaman bergelap semalam, turun daripada 625,000 buah rumah sehari sebelum itu.
Sejumlah kematian turut dilaporkan berlaku akibat kemalangan jalan raya, pokok tumbang dan serangan jantung.
Kira-kira 30 orang dilaporkan cedera pagi semalam dalam kemalangan di sebuah lebuh raya di Philadelphia, Pennsylvania.
Cuaca buruk turut menyebabkan kira-kira 8,600 penerbangan terpaksa dibatalkan semalam, di seluruh AS. - DPA/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140216/lu_03/Ribut-salji-landa-Kanada#ixzz2tQpopLAN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment