Search This Blog

Wednesday, February 5, 2014

Remaja mengaku salah merempit


SHAH ALAM 4 Feb. - Dua mat rempit, seorang daripadanya menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala seorang lagi masih di bawah umur, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menunggang motosikal secara berbahaya, tiga hari lalu.
Muhammad Adzie Zulhaq Rahim, 18, pekerja sambilan di sebuah pasar raya dan rakannya berusia 16 tahun yang tidak lagi bersekolah, mengaku bersalah atas tuduhan pilihan melakukan perbuatan yang berbahaya kepada orang awam di Jalan Dataran Kemerdekaan pada pukul 12.45 tengah malam, 1 Februari lalu.
Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nooranisah Ngadirin mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Beliau mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh serta syarat tambahan melapor diri ke balai polis setiap bulan.
Majistret Farah Azura Mohd. Saad membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melapor diri di balai polis setiap bulan untuk Muhammad Adzie dan setiap minggu untuk rakannya.
Beliau menetapkan 11 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak dan laporan sosial masing-masing.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140205/ma_05/Remaja-mengaku-salah-merempit#ixzz2sOTiv1nK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment