Search This Blog

Friday, February 28, 2014

Pengusaha bot dipenjara sehari, denda RM300,000 kerana rasuah


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Seorang pengusaha bot hari ini dipenjara sehari dan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menawarkan rasuah membabitkan RM198,000 kepada pegawai penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman itu terhadap Law Chark Huat, 43, selepas dia mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan menawarkan rasuah kepada Wan Burhanuddin Jusoh, 54.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari bagi setiap pertuduhan dan memerintahkannya menjalani hukuman itu serentak hari ini.
Dia juga didenda RM16,000 bagi pertuduhan pertama, RM20,000 bagi pertuduhan kedua, RM204,000 bagi pertuduhan ketiga dan RM60,000 bagi pertuduhan keempat dan jika gagal membayar denda itu, dia boleh dipenjara 29 bulan.
Law membayar denda berkenaan.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Law didakwa menawarkan wang tunai masing-masing RM8,000 dan RM10,000 kepada Wan Burhanuddin sebagai balasan baginya untuk tidak menjalankan tindakan bagi melepaskan bot nelayan Vietnam yang masuk ke perairan negeri Kelantan untuk menjalankan kegiatan menangkap ikan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_10/Pengusaha-bot-dipenjara-sehari-denda-RM300000-kerana-rasuah#ixzz2uepPpC40
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment