Search This Blog

Wednesday, February 5, 2014

Penganggur didakwa rogol gadis bawah umur


ROME Faizal Kamarulzaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 4 Feb. - Seorang penganggur berusia 33 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan merogol seorang gadis bawah umur yang juga jirannya pada Disember dan Januari lalu.
Rome Faizal Kamarulzaman didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun tujuh bulan di rumahnya di Jalan Pengkalan Chepa, di sini kira-kira pukul 2 petang sekitar Disember lalu.
Lelaki itu turut didakwa mengulangi perbuatannya sebanyak dua kali lagi di tempat yang sama pada pukul 8 dan 11.30 pagi, 19 Januari lalu.
Ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Mohd. Yusoff Yunus membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari yang mengendalikan pendakwaan agar tertuduh tidak dibebaskan dengan jaminan.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 5 Mac ini bagi membolehkan tertuduh melantik peguam bela.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140205/ma_06/Penganggur-didakwa-rogol-gadis-bawah-umur#ixzz2sOUGid9X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment