Search This Blog

Wednesday, February 5, 2014

Pembantu kedai makan merogol, dijel 8 tahun


MELAKA 4 Feb. - Seorang pembantu kedai makan dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Syafiq Md. Kamal, 24, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa merogol gadis berusia 15 tahun tujuh bulan itu di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Sempang, Bukit Kuda dekat Merlimau, Jasin antara pukul 6.40 petang dan 8 malam, 31 Januari 2012.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam, Jason Kay dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Muhammad Syafiq, memohon agar mahkamah meringankan hukuman selain memberitahu tertuduh tidak pernah gagal hadir pada setiap perbicaraannya.
Timbalan Pendakwa Raya, Haslida Isamail yang mengendalikan pendakwaan pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan sebat ke atas tertuduh disebabkan kes ini telah melalui perbicaraan penuh.
Tambah Haslida, tertuduh juga telah melakukan kesalahan membabitkan perkara yang sama buat kali kedua.
"Tertuduh sebelum ini pernah diberikan bon jaminan berkelakuan baik tetapi dia telah melanggar syarat berkenaan," katanya.
Sepanjang perbicaraan kes yang berlangsung lebih setahun itu, seramai 13 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140205/ma_04/Pembantu-kedai-makan-merogol-dijel-8-tahun#ixzz2sOTZRKm6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment