Search This Blog

Wednesday, February 5, 2014

Pelakon putar alam

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Shahrul Redzuan Zulkifli
Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki yang juga model berusia 25 tahun menggunakan nama Harian Metro untuk meyakinkan mangsanya sebelum melakukan penipuan, termasuk kononnya menjual telefon bimbit dengan harga murah tetapi selepas mendapat bayaran, telefon itu tidak diserahkan kepada pembeli.
Pendatang baru dalam dunia hiburan itu dikatakan ‘mengupah’ seorang jurugambar membuat liputan ketika dia menghadiri majlis sebelum mendakwa jurugambar berkenaan adalah wakil Harian Metro atau majalah popular yang membuat liputan. 
Difahamkan, 10 individu termasuk selebriti dan penerbit filem terkenal menjadi mangsa penipuan pelakon terbabit membabitkan kerugian RM10,000.

Terbaru, artis berkenaan memperdaya seorang mangsa kononnya menjual telefon bimbit jenis iPhone 5s pada harga murah sebelum menghilangkan diri selepas mendapat bayaran.
Foto
MANGSA menunjukkan SMS yang dihantar pelakon itu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Deric, 25, berkata, dia kerugian RM3,000 akibat terpedaya dengan tawaran penjualan telefon bimbit berkenaan.

“Saya percaya dengannya sebab dia pelakon. Apatah lagi saya lihat sendiri dia duduk bersama selebriti.

“Malah, saya lihat jurugambar merakam setiap pergerakannya. Apabila ditanya, pelakon itu mendakwa jurugambar itu adalah wakil majalah popular dan Harian Metro yang membuat liputan aktivitinya.

“Dia licik meyakinkan orang. Setiap kerja dan pertuturannya menggambarkan dia profesional,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, Deric berkata, dia mengenali pelakon terbabit pada 14 Disember lalu di satu majlis dan selepas berbual dengannya, pelakon itu mendakwa dia menjual telefon bimbit iPhone 5s dengan harga RM1,600 satu.

“Apabila ditanya kenapa murah, dia mendakwa mempunyai hubungan dengan pembekal, syarikat komunikasi terkemuka.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/0

No comments:

Post a Comment