Search This Blog

Wednesday, February 5, 2014

Pasar raya terbakar, rugi RM1.5 juta


Api marak membakar bangunan pasar raya GSL yang mengakibatkan kerugian lebih RM1.5 juta dalam kejadian awal pagi semalam di Jalan Bunga Raya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
BUKIT MERTAJAM 4 Feb. - Sebuah pasar raya, GSL (M) Sdn. Bhd., yang beroperasi di tingkat satu bangunan Pasar Bukit Mertajam di Jalan Bunga Raya di sini sejak 55 tahun lalu, musnah dalam kebakaran awal pagi ini, mengakibatkan kerugian berjumlah RM1.5 juta.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Perai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Azmi Che Man berkata, sepasukan 26 anggota dan empat buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat di sini, Perda dan Perai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.
"Kita berjaya mengawal kebakaran kira-kira 20 minit kemudian dengan dibantu 13 buah jentera bomba sukarela dan melibatkan 100 anggota," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Azmi berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140205/je_03/Pasar-raya-terbakar-rugi-RM15-juta#ixzz2sOSdTffv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment