Search This Blog

Sunday, February 16, 2014

Nahas: Ibu maut, anak parah


SABAK BERNAM 15 Feb. - Seorang wanita maut manakala dua anak lelakinya parah apabila kereta dipandunya merempuh belakang sebuah trak pikap jenis Ford Renjer yang terbabas di Kilometer 40 Jalan Teluk Intan-Klang dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu, mangsa, Faradiana Salleh, 31, yang memandu Perodua Myvi maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Difahamkan, ketika kejadian Faradiana dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil dua anaknya berusia tiga tahun dan lima bulan di sebuah pusat jagaan.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Mohamad berkata, pemandu Ford Renjer yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Selangor dipercayai terlanggar takungan air sebelum terbabas ke laluan bertentangan selepas melalui satu selekoh.
"Faradiana tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang kereta Ford Renjer yang dipandu lelaki berusia 34 tahun itu, menyebabkan dia tersepit di tempat duduk.
"Kedua anak mangsa yang parah dipercayai duduk di tempat duduk belakang. Orang ramai segera mengeluarkan mereka sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk menerima rawatan," katanya.
Menurut Noor Mushar berkata, pemandu lelaki terbabit hanya cedera ringan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140216/dn_22/Nahas-Ibu-maut-anak-parah#ixzz2tQswFA76
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment