Search This Blog

Wednesday, February 5, 2014

Lelaki sakit jantung maut selepas nahas

Seremban: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah jantung mati selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan jalan raya di Taman Rasah Jaya, di sini, semalam.
Ng Seu Chan, 60, ditemui di tempat duduk pemandu selepas kereta PROTON Waja dipandunya terbabit kemalangan dengan kereta Ford dan Mercedes-Benz.
Dalam kejadian pada jam 12 tengah hari itu, Chan dari Taman Mutiara, di sini, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui seorang rakan di Taman Rasah Jaya.
Jurucakap polis berkata, sebaik tiba di tempat kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu merempuh dua kereta berkenaan yang diletakkan di tepi jalan.
“Akibat rempuhan itu, kereta Ford remuk di bahagian depan manakala kereta Mercedes mengalami kerosakan di bahagian belakang.
“Bagaimanapun, ketika kejadian, tiada sesiapa di dalam kedua-dua kereta itu.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat,” katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil di balai polis berhampiran.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat Chan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

No comments:

Post a Comment