Search This Blog

Friday, February 28, 2014

Kutipan RM500,000, konon kutip derma asrama anak yatim


IPOH 27 Feb. - Polis menahan dua daripada 19 anggota sindiket yang menggunakan dokumen palsu untuk mengutip derma sejak dua tahun lepas dengan jumlah kutipan dianggarkan lebih RM500,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Supt. Maszely Minhad berkata, kedua-dua wanita masing-masing berumur 36 tahun dan 37 tahun itu ditahan ketika sedang mengutip derma di sebuah sekolah di sini pada pukul 9.40 pagi Selasa lepas.
"Mereka mendakwa mengutip derma untuk tabung pembinaan tambahan asrama dan surau sebuah pertubuhan anak yatim di Simpang Pulai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, tangkapan itu susulan aduan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pada 20 Februari lepas dan hasil siasatan pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes itu.
Katanya, berdasarkan buku resit yang dirampas daripada suspek, kedua-dua wanita itu berjaya mengutip kira-kira RM5,700 sejak Januari lepas daripada beberapa buah sekolah dan orang persendirian. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140227/je_18/Kutipan-RM500000-konon-kutip-derma-asrama-anak-yatim#ixzz2uZAIICFm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment