Search This Blog

Friday, February 21, 2014

Kes buruh rogol budak disebut semula 18 Mac


MUAR 20 Feb. - Mahkamah Majistret di sini menetapkan 18 Mac ini sebutan semula kes seorang buruh binaan yang didakwa menculik, merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, hujung bulan lalu.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Muhammad Hidayat Wahab menetapkan tarikh tersebut hari ini dalam kes terhadap Sia Tiong Yap, 29, sementara menunggu laporan kimia dan perubatan siap.
Lelaki itu ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 4 Februari lalu mengaku tidak bersalah terhadap kesemua empat pertuduhan yang dihadapinya.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melarikan kanak-kanak perempuan berkenaan dengan sebuah kereta di Lorong Jaafar, Jalan Mahmud, Bukit Pasir, dekat sini, bagi tujuan memuaskan nafsunya, kira-kira pukul 2 petang, 28 Januari lalu.
Tioang Yap didakwa mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140221/ma_06/Kes-buruh-rogol-budak-disebut-semula-18-Mac#ixzz2tteLSbwL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment