Search This Blog

Sunday, February 16, 2014

Kereta terbalik masuk longkang

Kereta terbalik masuk longkang
Keadaan kereta mangsa yang terbalik masuk ke dalam longkang. SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah kenderaan lain sebelum terbalik ke dalam longkang di seberang jalan di Jalan Seremban - Tampin, berhampiran kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, di sini kelmarin.
15 Februari 2014

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa, S. Naveen, 38, meninggal dunia akibat cedera parah.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira secara bersendirian dipercayai dalam perjalanan menghala ke Seremban.

“Bagaimanapun, sejurus sampai di lokasi kejadian, kereta dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebelah kanan sebuah kereta jenis sama dinaiki sepasang suami isteri.

“Kejadian itu mengakibatkan kereta dipandu mangsa terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar tiang lampu lalu terbalik ke tebing longkang,” katanya.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pasangan suami isteri itu selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Jurucakap berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat, sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian.

No comments:

Post a Comment