Search This Blog

Sunday, February 2, 2014

Jadi saksi sepupu dilanggar lari



NORSUHADAH menunjukkan lokasi sepupunya, Muhammad Arif dilanggar dan digilis kereta di Jalan Kemumin, Kota Bharu, Kelantan semalam.


KOTA BHARU - Seorang remaja mengalami pengalaman ngeri selepas menyaksikan bagaimana sepupunya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang sebelum digilis kenderaan itu dalam kejadian langgar lari di Jalan Kemumin, Kampung Panji di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 10 malam itu berlaku semasa Norsuhadah Fauzi, 17, ditemani mangsa, Muhammad Arif Salleh, 13, berjalan kaki di bahu kiri jalan untuk ke kedai berhampiran rumah nenek mereka.
Mereka ke kedai untuk membeli tambah nilai telefon bimbit.
Norsuhadah ketika ditemui di rumahnya semalam berkata, dia berjalan kaki beberapa meter di belakang mangsa di bahu kiri jalan menghala ke Panchor dan melihat sebuah kereta Perodua Myvi putih dan bercermin gelap yang dipandu laju melepasinya dan tiba-tiba melanggar sepupunya.
"Saya nampak kereta itu melanggar sepupu saya di bahu jalan. Selepas dilanggar, dia digilis kereta tersebut yang terus berlalu pergi.
"Sebuah kenderaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan kemudian memberikan bantuan dan membuat panggilan kecemasan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2s8F40bxI 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment