Search This Blog

Sunday, February 16, 2014

Gunung Tempurung terbakar



SEORANG anggota bomba mengawasi kebakaran di Gunung Tempurung yang dipercayai akibat panahan kilat di Kampung Sungai Siput Selatan, Kampar semalam.


KAMPAR - Sekitar 1.6 hektar kawasan hutan di Gunung Tempurung berhampiran Kampung Sungai Siput Selatan dekat sini terbakar dipercayai berpunca daripada panahan kilat pukul 5 petang kelmarin.
Operasi memadam kebakaran yang memasuki hari kedua semalam menyaksikan kawasan hutan batu kapur seluas empat hektar itu masih mampu dikawal cuma dikhuatiri api akan merebak ke bahagian lain berhampiran lebuh raya.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ruhisha Haris berkata, sekiranya api merebak ke bahagian berkenaan, pihaknya terpaksa membina langkau api bagi mengelak asap daripada mengganggu pemandu di lebuh raya.
"Saya tidak rasa api akan merebak ke seluruh gunung ekoran cuaca dua ke tiga hari ini menunjukkan tanda-tanda akan hujan.
"Setakat ini, kita sedang membuat pemantauan untuk melihat pergerakan api ke bahagian lain.
"Di sekeliling bukit, memang tidak boleh dipanjat. Terlalu bahaya dan berisiko kerana ia tidak landai. Setakat ini, kebakaran dapat diatasi dengan menggunakan pam angkut berkapasiti tinggi. Ini sahaja yang boleh diusahakan ekoran kebakaran berlaku pada aras yang tinggi selain tinjauan dari udara," katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2tRNX1VSE 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment