Search This Blog

Friday, February 28, 2014

Dua pegawai polis hadapi tuduhan rasuah


IPOH 28 Feb. - Dua pegawai polis masing-masing berpangkat penolong penguasa dan inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah dua tahun lepas.
Shuib Abdl Samad @ Zainul, 51, yang bertugas sebagai penolong penguasa Polis di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar menghadapi tiga pertuduhan melibatkan rasuah berjumlah RM1,100.
Dia mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Madihah Hairullah.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM500 secara bulanan daripada Tan Tiong An untuk mengelak daripada gangguan terhadap kerja nombor ekor haram yang dijalankan oleh Tan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Dila Tomyam, No 5, Gerai MPKK Medan Selera, Stesen Keretapi, Jalan Raja Idris, Kuala Kangsar pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 5 Julai 2012.
Bagi pertuduhan kedua, Shuib didakwa bersetuju untuk menerima RM300 secara bulanan daripada Tan untuk tujuan yang sama pada tempat dan tarikh yang sama. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140228/je_09/Dua-pegawai-polis-hadapi-tuduhan-rasuah#ixzz2uen6ucC7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment