Search This Blog

Wednesday, February 5, 2014

Dua beradik lari rumah ditemui semula


2014/02/05

Seremban: Merajuk tidak dibenarkan keluar bersama rakan, dua beradik perempuan bertindak melarikan diri daripada rumah di Temiang, di sini, Ahad lalu.

Tindakan itu mengakibatkan ibu mereka, Tuan Saripah Rafiah Tuan Mat, 42, terpaksa bersusah payah membuat laporan polis dan meminta bantuan media bagi menghebahkan kehilangan dua beradik itu yang berusia 12 dan 15 tahun.


Bagaimanapun, ketika wartawan dan jurugambar BH dalam perjalanan ke rumah itu jam 4 petang semalam, ibu mereka memaklumkan dua beradik itu sudah menghubunginya dan memaklumkan berada di Stesen Komuter Seremban, di sini.
Pagi Sabtu lalu, mereka keluar ketika suami tidur untuk mengikut seorang rakan Facebook, wanita yang berusia 20 tahun ke rumah wanita itu di Ampang, Selangor” Tuan Saripah Rafiah Tuan Mat, Ibu

Ketika ditemui, dua beradik yang mengaku tidak diculik atau dicederakan itu, memohon maaf kerana menyusahkan semua pihak dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu.

Tuan Saripah Rafiah berkata, anaknya bertindak keluar daripada rumah suaminya di Temiang di sini, ketika ayah mereka tidur kira-kira jam 8 pagi, Ahad lalu.

“Sehari sebelum itu, mereka meminta kebenaran untuk keluar bersama rakan, tapi suami tidak izinkan. Jadi, pagi Sabtu lalu, mereka keluar ketika suami tidur untuk mengikut seorang rakan Facebook, wanita yang berusia 20 tahun ke rumah wanita itu di Ampang, Selangor,” katanya.

No comments:

Post a Comment