Search This Blog

Sunday, February 2, 2014

Diserang ketika makan di restoran


Sekumpulan empat lelaki termasuk seorang bersenjatakan parang menyerang dan menyamun pelanggan di sebuah restoran di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Kira-kira 10 pengunjung sebuah restoran di SS18, Subang Jaya dekat sini berdepan detik cemas apabila sekumpulan empat lelaki termasuk seorang yang bersenjatakan parang menyerang dan menyamun premis tersebut, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, empat suspek memakai topi keledar meluru masuk ke restoran tersebut dan mengambil wang serta telefon bimbit pelanggan yang sedang menjamu selera di situ.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek turut mengambil wang di dalam mesin juruwang sebelum melarikan diri.
“Kesemua 10 pelanggan tersebut tidak dicederakan dan jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan bernilai RM8,000 termasuk wang tunai serta telefon bimbit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140202/je_03/Diserang-ketika-makan-di-restoran#ixzz2s89zFJmu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment