Search This Blog

Sunday, February 16, 2014

Disamun depan masjid ketika tunggu suami


Nor Aini Mohd. Nor melakonkan semula bagaimana dia disamun di pekarangan Masjid Peringat di Machang, Kelantan, semalam.
MACHANG 15 Feb. - Seorang wanita kerugian RM28,000 apabila disamun seorang lelaki ketika sedang menunggu suaminya menunaikan solat Jumaat di Masjid Peringat di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 petang itu, mangsa, Nor Aini Mohd. Nor, 57, didatangi seorang lelaki yang bersenjatakan sebilah pisau sebelum memaksanya menyerahkan wang dan barangan berharga.
Menurutnya, ketika itu, dia seorang diri di dalam kereta yang diletakkan berhampiran masjid tersebut.
"Saya tidak menutup tingkap kereta kerana mahu mendengar khutbah Jumaat, bagaimanapun apabila jemaah sedang sembahyang, seorang lelaki datang dan mengacukan sebilah pisau lipat.
"Dia memaki hamun dan meminta saya menyerahkan barang berharga serta beg tangan yang diletakkan di bahagian bawah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Tok Bok, di sini hari ini.
Kata Nor Aini, suspek yang memakai baju Melayu itu turut memberi amaran kepadanya supaya tidak membuka pintu kereta jika mahu nyawanya selamat.
Ujarnya, lelaki itu turut bertindak keras apabila menarik kain tudungnya untuk mengambil rantai di leher.
"Dia mengambil tiga utas rantai tangan, dua utas rantai leher dan wang tunai berjumlah RM200.
"Semasa kejadian, saya dan suami dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menziarahi abang yang sedang sakit, kami singgah di masjid ini untuk suami solat Jumaat," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140216/dn_26/Disamun-depan-masjid-ketika-tunggu-suami#ixzz2tQtWeEft
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment