Search This Blog

Wednesday, February 5, 2014

Berbogel selepas tak dibenar masuk istana presiden


2014/02/05

New Delhi: Sepasang suami isteri berusia dalam lingkungan 30 tahun berbogel di depan Rashtrapati Bhavan kelmarin selepas tidak dibenarkan masuk ke istana presiden, kata polis.

Pasangan berkenaan dikenali sebagai Prabhat dan Anuradha pergi ke pintu masuk utama istana dan menuntut untuk bertemu dengan Presiden Pranab Mukherjee.


Gagal beri alasan

Apabila kakitangan keselamatan bertanyakan alasan mahu menemui presiden, mereka gagal memberitahu sebabnya. “Mereka kemudian menanggalkan pakaian,” kata polis.

Pengawal keselamatan yang terkejut segera menyuruh mereka memakai semula pakaian tetapi si lelaki sekali lagi menanggalkan pakaian yang diarahkan pakai dan mula berlari dalam keadaan bogel, dengan anggota polis mengejarnya.

Beliau dipintas oleh kenderaan polis dan dipaksa masuk ke dalam kenderaan itu. Pasangan berkenaan dibawa ke balai polis Jalan Parlimen.

Polis berkata, mereka gagal memberitahu alasan sebenar membuat bantahan itu. Kedua-duanya tidak bertindak normal dan dibawa ke hospital Ram Manohar Lohia untuk tujuan pemeriksaan perubatan, kata polis.

Mereka juga dibawa berdepan dengan majistret dan kemudian dimasukkan ke Institut Peri Laku Manusia dan Sains Bersekutu di timur ibu negara.

Polis masih memeriksa latar belakang pasangan berkenaan. - AGENSI

No comments:

Post a Comment